
PANDUAN MEMBACA MAKLUMAT PADA LABEL PRODUK KOSMETIK
- #DontBeTheOne, #StrokePrevention, baby nadif, bayi selesema, bloodpressureandstroke, citrexflexo, diabetes awareness month, hadiah set haji, haji, hajj, haze, healthyaging, hidung bayi tersumbat, Highbloodpressure, kosmetik, Market Trends, pendaftarankosmetik, penyedut hingus bayi, perozin, pinkbeauty, productlabel, royalediabetessale, sandwich recipe, sanitiser, set haji, Set haji & Umrah, set umrah, tips kekal sihat ketika haji, umrah, world vegan day, worldstrokeday
- 09 Oct, 2019
SUMBER OLEH MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Produk kosmetik sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian setiap individu, terutama kepada mereka yang mementingkan penampilan diri. Selain daripada mengubah penampilan diri dari segi fizikal, produk kosmetik juga memberi impak dari aspek psikologi seperti meningkatkan keyakinan diri seseorang dan tanggapan seseorang individu terhadap individu lain.
11 PERKARA YANG PERLU DILIHAT PADA LABEL SEBELUM MEMBELI / MENGGUNAKAN PRODUK KOSMETIK
Salah satu panduan yang boleh diikuti oleh setiap pengguna sebelum membeli atau semasa menggunakan produk kosmetik adalah membaca dan memahami maklumat pada label dan sisip bungkusan (jika ada) produk kosmetik.
Label yang lengkap perlu mempunyai maklumat di bawah: 1
- Nama produk kosmetik termasuk jenama
- Fungsi produk
- Kandungan produk / saiz pembungkusan
- Nombor kelompok
- Cara penggunaan
- Tarikh dikilangkan / Tarikh luput yang jelas
- Negara pengilang
- Senarai penuh bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk
- Peringatan atau amaran penggunaan
- Kenyataan tambahan
- Nama dan alamat syarikat pemegang notifikasi yang bertanggungjawab terhadap produk di pasaran
Kebiasaannya, kesemua maklumat di atas dinyatakan pada label terdekat atau pada bekas produk. Namun, terdapat juga maklumat yang diperlukan untuk rujukan pengguna disertakan pada sisip bungkusan yang dikepilkan bersama produk.