Skip to content

Personal Data Protection Act

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
The Personal Data Protection Act 2010 (the “Act”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd (“our”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.



1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf and you hereby give your consent to the processing of your personal data.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.



2. Your personal data includes name, NRIC No., telephone No., e-mail address, house address, the information provided by you in the documents prescribed in paragraph 4 of this Notice and all other personal data we collect from you on any subsequent occasion.

Data peribadi anda termasuk nama, no. KP, no. telefon, alamat e-mel, alamat rumah, maklumat yang diberikan oleh anda dalam dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 Notis ini dan semua data peribadi lain kami kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.



3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for:

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:



performing our pre-contractual and contractual obligation with you (or your company, if applicable);
melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan);

providing our products and/or services to you (or your company, if applicable);
memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda (atau syarikat anda, jika berkenaan);

communicating with you;
berhubung dengan anda;

responding to your inquiries;
menjawab pertanyaan anda;

conducting internal activities;
menjalankan kegiatan dalaman;

market surveys and trend analysis;
tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;

providing you (or your company, if applicable) with information on our products and/or services and of our related corporations and business partners unless you have otherwise indicated that you do not wish for us to process your personal data for such purpose;
memberikan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) maklumat tentang produk dan/atau perkhidmatan kami dan perbadanan-perbadanan berkaitan kami dan rakan perniagaan kami kecuali kalau anda telah memberitahu kami bahawa anda tidak ingin data peribadi anda diproses untuk maksud ini;

credit assessments and such other background checks as we may determine to be necessary or appropriate;
penilaian kredit dan semakan latar belakang lain sepertimana kami anggap perlu atau sesuai;

conducting other legitimate business activities;
menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan sah lain;

complying with any legal or regulatory requirements; and
memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia; dan

such other purposes directly related to the foregoing.
maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas.



(collectively, the “Purposes”).

(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).



4. Your personal data is being or is to be collected from: your NRIC, business card and other written details of your company or employees, staff and agents; credit reporting agencies, background check agencies, and/or other third parties such as banks and insurance companies; our closed-circuit television (CCTV) recording; and any information that you have provided and will provide us from time to time.

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada: kad pengenalan, kad perniagaan dan butir-butir tertulis lain syarikat atau pekerja anda, kakitangan dan agen anda; agensi pelaporan kredit, agensi pemeriksa latar belakang, dan/atau pihak ketiga seperti bank dan syarikat insurans; rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kami; dan apa-apa maklumat yang anda telah berikan dan akan berikan kami dari masa ke semasa.



5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data or to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing) from:

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:



Designation:

Perjawatan:

PDPA Officer
Telephone No.:

No. Telefon:

03 – 3342 9999 Ext 375
Fax No:

No. Fax:

03 – 3341 0797
E-mail address:

Alamat E-mel:

pdpa@pharmaniaga.com


6. Subject to provisions of the Act:

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:



you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request in writing to us; and
Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami; dan

we may refuse to comply with a data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.
Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.



7. We disclose or may disclose your personal data to related corporations and/or Pharmaniaga Group of Companies, business partners, service providers including but not limited to our financial and professional advisors, governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies and any such third party requested or authorized by you for the Purposes.

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan berkaitan dan/atau Kumpulan Syarikat Pharmaniaga, rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat kewangan dan profesional kami, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk Maksud-maksud tersebut.



8. If you give us personal data or information about another person, you confirm that he/she has appointed you to act for him/her, to consent to the processing of his/her personal data and to receive on his/her behalf any data protection notices.

Jika anda memberi kami data peribadi atau maklumat yang berhubungan dengan orang lain, anda mengesahkan bahawa orang tersebut telah melantik anda untuk mewakilinya, memberikan kebenaran untuk memproses data peribadinya dan untuk menerima sebarang notis perlindungan data bagi pihaknya.



9. It is obligatory that you supply us your name, NRIC no., telephone no., e-mail address, house address (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us the compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes and/or result in us being unable to provide you with the services and/or products requested.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami nama, no. KP, no. telefon, alamat e-mel, alamat rumah anda (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.



10. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you hereby give your consent to the transfer.

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.



11. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.



12. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.