
6 Tips Kesihatan Bagi Bakal Haji Dan Umrah
- Health Hub 101, Taboo Topic
- 07 Jul, 2022
Musim haji telah tiba! Ia semestinya kesempatan yang ditunggu-tunggu oleh kira-kira 14,306 tetamu Allah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini.
Selepas dua tahun penerbangan haji ke Tanah Suci ditunda akibat pandemik yang melanda dunia kini peluang untuk menunaikan rukun Islam kelima terbentang luas di depan mata.
Sehubungan itu kami di Royale Pharma ingin mengingatkan jemaah semua agar bersedia dari segi mental, fizikal dan keperluan lain untuk melaksanakan amalan haji dan umrah dengan sempurna. Hal ini disebabkan proses pemilihan jemaah haji pada tahun ini agak ketat berbanding sebelumnya.
Berikut adalah tips asas penjagaan kesihatan untuk bakal haji dan umrah:
1. Lakukan Pemeriksaan kesihatan:
Bakal haji dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat dan perlu diperakui oleh pegawai perubatan dilantik Tabung Haji sahaja.
Bagi yang gagal dalam pemeriksaan itu mereka tidak dibenarkan untuk ke menunaikan ibadah haji. Selain itu demi memastikan kesihatan awam terpelihara, Kerajaan Arab Saudi juga menetapkan semua jemaah haji dikehendaki melakukan ujian saringan COVID-19, 72 jam sebelum berlepas.
Jika positif mereka perlu menjalani kuarantin sebelum dibenarkan untuk ke Tanah Suci bergantung jadual penerbangan yang ditetapkan.
2. Pastikan telah divaksinasi:
Pastikan anda telah melengkapkan tiga dos suntikan vaksin COVID19 sekali dengan penggalak beserta dengan vaksin yang disyaratkan seperti vaksin meningitis.
Beberapa vaksin lain boleh diambil sekiranya perlu contohnya untuk masalah polio, hepatitis dan tetanus.
3. Sediakan bekalan ubat, suplemen dan vitamin:
Sekiranya anda sedang mengambil ubat atau rawatan tertentu, pastikan bekalan ubat tersebut mencukupi untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci.
Selain itu disarankan juga supaya bekalan suplemen dan vitamin yang sesuai dibawa bersama bagi membantu penjagaan kesihatan, meningkatkan imuniti dan tenaga berkekalan semasa sibuk beribadah kelak.
4.Kekal Hidrasi:
Tahun ini, bakal jemaah haji dijangka akan berhadapan musim panas melampau.
Perubahan mendadak keadaan cuaca yang panas dan sejuk serta pertambahan aktiviti yang dilakukan seharian akan menyebabkan tubuh anda mudah terhidrat. Minum lebih banyak air dari biasa.
Elakkan minum air sejuk dan lebihkan air kosong berbanding air berperisa.
5. Mengenakan pakaian yang sesuai:
Pakaian yang sesuai untuk cuaca panas dan sejuk juga adalah penting bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu.
Penutup muka perlu dipakai semasa dalam situasi bersesak atau dalam perkumpulan ramai orang, sebagai sebahagian daripada SOP Covid19.
6. Memahirkan diri menggunakan Telefon Pintar:
Bakal jemaah dinasihatkan supaya memahirkan diri dengan penggunaan telefon pintar.
Bakal jemaah umrah dan haji kini diwajibkan menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi memudahkan urusan ibadah di semua lokasi Tanah Suci untuk membatasi penularan wabak Covid19.
Aplikasi Tawakkalna ini khas digunakan sewaktu pendaftaran masuk hotel dan premis-premis perniagaan.
Sementara aplikasi Eatmarna digunakan untuk pendaftaran jemaah memasuki Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan pendaftaran masuk ke Raudah.
Reference :
https://www.samudera.my/kkm-kawal-selia-sop-umrah-berikutan-arab-saudi-bebas-sekatan/
https://bigsmilezone.blogspot.com/2013/09/tips-kesihatan-untuk-persediaan-bakal.html
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/10/tiada-lagi-pemeriksaan-status-daftar-vaksinasi-masuki-haramain/
https://www.sinarharian.com.my/article/193348/BERITA/Nasional/SOP-baharu-umrah-jamin-keselamatan-bersama