
5 Tips Kekal Sihat Ketika Haji dan Umrah
- #DontBeTheOne, #StrokePrevention, baby nadif, bayi selesema, bloodpressureandstroke, citrexflexo, diabetes awareness month, hadiah set haji, haji, hajj, haze, healthyaging, hidung bayi tersumbat, Highbloodpressure, kosmetik, Market Trends, pendaftarankosmetik, penyedut hingus bayi, perozin, pinkbeauty, productlabel, royalediabetessale, sandwich recipe, sanitiser, set haji, Set haji & Umrah, set umrah, tips kekal sihat ketika haji, umrah, world vegan day, worldstrokeday
- 12 Jul, 2019
Di samping membuat persiapan bagi memenuhi keperluan ibadat haji, bakal Jemaah Haji juga sudah semestinya sering dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan agar kekal sihat dan cergas semasa menunaikan ibadat Haji.
.
Ikuti tips kekal sihat ketika Haji dan Umrah ini:
Tips 1: Minum air secukupnya
Keadaan cuaca yang agak panas atau sejuk menyebabkan badan akan sentiasa kekurangan air dan tidak bertenaga. Jemaah haji dinasihatkan supaya minum 2-3 liter air kosong sehari khususnya apabila panas untuk kekal hidrat. Sentiasa bawa botol air travel supaya mudah untuk isian semula air setelah habis. Dapatkan secara PERCUMA Foldable Bottle dalam setiap pembelian set Haji & Umrah di RoyalePharma. Stok adalah terhad
Tips 2: Pastikan ubat ubatan yang dibawa mencukupi
Perjalanan yang mengambil masa sehingga 8 jam bagi setiap perhentian boleh menyebabkan jemaah terlupa makan ubat mengikut waktunya. Oleh itu, sentiasa pastikan ubatan wajib dan suplemen dibawa mencukupi untuk setiap perhentian. Antara suplemen yang boleh dibawa adalah Vitamin C untuk meningkatkan imunisasi agar tidak mudah jatuh sakit seperti demam dan batuk. Amalan Habatus Sauda setiap hari juga boleh membantu menambah tenaga dan kekal cergas sepanjang hari. Bagi memudahkan jemaah haji, kami di RoyalePharma amat berbesar hati menyediakan SET HAJI DAN UMRAH dengan harga yang BERBALOI dan PENJIMATAN YANG LUMAYAN. Pek ini disediakan secara PRE-ORDER. Stok adalah terhad.
Tips 3: Bawa bekalan makanan dan minuman
Bekalan makanan dan minuman adalah amat penting, terutamanya kepada para jemaah yang perlu mengambil ubat mengikut masa yang disarankan.
Tips 4: Pakai pakaian bersesuaian dengan keadaan cuaca
Untuk memudahkan pergerakkan dalam menunaikan ibadat haji, para jemaah dinasihatkan untuk memakai pakaian mengikut kesesuaian cuaca sama ada sejuk atau panas.
Tips 5: Memakai penutup mulut dan hidung
Apabila berada di kawasan berdebu dan berpasir, para Jemaah dinasihatkan untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung (mask).
Kongsikan tips ini kepada kenalan anda yang bakal menjadi jemaah haji pada tahun 2019 ini. Masih sempat jika anda ingin memberikan hadiah SET HAJI & UMRAH kepada kenalan rapat anda. Dapatkan sekarang: https://www.royalepharma.com/collections/set-haji-umrah-2019